Hye korang.. aku saja nk share..
Cite yang menarik minat aku..
Cite misterius sgt.. membuat aku tertanya-tanya..
Selamat Pengantin Baru Farid Kamil.
Semoga gerbang perkahwinan sampai ke akhir hayat. Insyaallah.
Apa yang aku akan tulis ni, nak bagi 
sikit persoalan untuk Farid Kamil supaya menjadi iktibar kepada orang 
lain supaya tidak memperlekehkan pakaian istiadat badan beruniform yang 
menjadi salah satu pride badan terbabit.
Apatah lagi, antara pembaca blog ini 
terdiri dari sahabat sahabat di PDRM dan juga pegawai pegawai tentera di
 Pulada, Kota Tinggi. Ya, mereka sempat tegur aku Ramadan lalu. Harap 
puan puan sekelian sihat seadanya. Nanti jemput saya lagi ya untuk 
makan-makan.  
Maklumat dalam foto:
1. Sword bearer adalah dari Polis Diraja Malaysia.
Apakah kelayakan Farid Kamil untuk 
mendapat sword bearer. Mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas 
sahaja layak untuk melalui sword barrel ni. 
2. Pakaian Farid Kamil.
Sebelum aku tulis lebih lanjut mengenai 
pakaian Farid Kamil yang memperlekehkan angkatan tentera kita, kita baca
 dulu ayat berikut:
"Ini adalah 
dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang 
diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 
September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera
 Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan 
dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 
170 kanun keseksaan (Akta 574)." 
Mungkin aku ketinggalan, tetapi sejak 
bila Farid Kamil menyertai Angkatan Tentera? Tak pulak aku baca di 
mana-mana. Cuba jugak mencari tapi tak jumpa. Mungkin dia bertugas 
sebagai perisik ala ala James Bond? 
Mungkin.
Apapun, Seksyen 140 Kanun Keseksaan disebut sebagaimana berikut: 
Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau 
Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau 
penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang 
di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda 
yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh 
seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh 
dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, 
hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga 
bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan 
kedua-duanya.
Mungkin Farid Kamil tidak berniat 
begitu. Mungkin ada penulis yang tak begitu berilmu menulis seperti 
berikut memperlihatkan kebodohan, betapa tak berilmunya tapi mahu 
menulis sekaligus, aku melihat ia tak lain dari melacurkan dunia 
penulisan:
"Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis 
resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi 
Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis 
kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana." Petikan dari Beautifulnara.com
Komen aku: Sampah. Belajarlah dulu sebelum menulis. Jangan memandai buat peraturan sendiri. 
Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan
 PDRM.Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar 
pula messkit (pakaian No 6) tentera.
Baca warta berikut:
2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram
 Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. 
Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau 
menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera 
Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat 
atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura 
sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, 
tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda 
kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau 
Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang 
kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain 
atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian
 atau lain-lain
barang, kegunaan atau kepunyaan lain 
atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan
 penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan 
denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak 
melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25. Memakai Pakaian 
Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa 
kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan 
mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau mana mana angkatan tentera 
tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau 
Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau 
apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana
pasukan atau lain-lain lencana yang 
jelas bagi pakaian seragam itu atau apa apa tiruan warna terhadapnya 
jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit,
 dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh
 dilucut hak.
Faham? Sebab itu tak bolehlah suka-suka untuk mengenakan pakaian yang kita tak layak.  
3. Peak cap (topi) yang dipakai Farid 
Kamil mempunyai satu badge yang dipakai oleh pegawai wanita Tentera Laut
 Diraja Malaysia.  (terima kasih @mmuurrllyy )
4. Manakala foto di atas ialah wing 
medium atau dikenali sebagai Aviator Badge. Ia juga dikenali sebagai 
Pilot's Badge atau Pilot Wings. Ia satu insignia digunakan sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera yang sudah menerima latihan dan KELAYAKAN dalam military aviation. 
Begitu juga untuk juruterbang pesawat komersil, mereka juga ditauliahkan wing badge. 
Edited [06/12]
4. Sayap yang dipakai Farid
 adalah khusus untuk paratroopers, insignia bagi penerjunan udara 
(payung terjun). Lazimnya memerlukan latihan dan disiplin ketat bagi 
menyertai 'airbone operations.' Lihat di sini.
Info dari YB @KhairyKJ terima kasih YB. 
@KhairyKJ: @speedrider @hazrey 
Informatif. Cuma sayap tu bukan sayap aviator/pilot sepertimana dlm 
blog. Sayap tu sayap paratrooper (payung terjun). 
Dan petang tadi aku sempat berborak dengan pegawai di Kementerian 
Pertahanan dan khabarnya penggunaan uniform ini sudah dimaklumkan kepada
 pegawai atasan dan dijangka satu kenyataan akan dikeluarkan.
Sebagai tambahan, kita semua tahu
 Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan 
Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan 
perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi 
ditolak.
Kita lihat perkara seumpama ini tidak 
boleh dipandang remeh kerana lambat laun, 'pride' angkatan tentera mudah
 diperlekeh disebabkan kita tidak mahu bertanya dan sekadar mahu syok 
sendiri.
Jika anda mempunyai maklumat tambahan tentang uniform ini, sila tulis di ruang komen.
Dan oh, jika justifikasi Farid kerana 
give and take serta sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara, saya 
harus katakan, saya malu. Saya sangat malu dan pastinya rakan rakan di 
PDRM dan ATM bertambah tambah malu dan hilang 'pride'.